Pengenalan

Koperasi UniMAP Perlis (kounimap) Berhad telah didaftarkan pada 16 Januari 2004 di bawah Akta Koperasi Malaysia 1993. Tujuan penubuhan Koperasi UniMAP Perlis (kounimap) Berhad adalah untuk memberikan perkhidmatan dan kebajikan yang dapat memberikan manfaat khususnya kepada semua anggota atau kakitangan UniMAP. Sejarah awal penubuhan Koperasi UniMAP Perlis (kounimap) Berhad ini telah bermula melalui cetusan idea warga Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang kini lebih dikenali sebagai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kini Koperasi UniMAP Perlis (kounimap) Berhad lebih dikenali sebagai Kounimap.

Pada mulanya, Kounimap didaftarkan sebagai koperasi kredit. Sejajar dengan tujuan tersebut Kounimap telah melaksanakan pelbagai kegiatan ekonomi dengan menerokai pelbagai peluang-peluang perniagaan lain. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu menjana hasil ekonomi kepada ahlinya melalui kerjasama strategik bersama UniMAP dan juga beberapa syarikat yang lain. Sehingga kini, ahli Kounimap telah mencecah sehingga 500 orang ahli.

Justeru, Kounimap telah ditadbir oleh sebuah lembaga koperasi yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, 6 orang ahli lembaga koperasi dan juga kakitangan koperasi. Terdapat tiga unit yang berada di bawah pengurusan Kounimap : KOUNIMAP TADBIR yang menyelia aktiviti Kounimap secara menyeluruh, KOUNIMAP KEWANGAN yang menguruskan perkhidmatan kredit serta kewangan kepada anggota dan KOUNIMAP BISNES yang menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan sampingan selain dari aktiviti kredit.

Ahli Lembaga Koperasi

PENGERUSI
PROF. MADYA DR. MUHAMMAD SHAHAR BIN JUSOH

NAIB PENGERUSI
DR. ABDUL JALIL BIN RAMLI

SETIAUSAHA
ENCIK AHMAD ZULHUSNY BIN ROZALI

BENDAHARI
DR. SITI NORWAHIDA BT SHUKERI

NAIB BENDAHARI
PROF. MADYA DR. PHAK LEN A/L EH KAN

ALK
ENCIK RADHWAN BIN HUSSIN

ALK
DR. MOHD ZAKIMI BIN ZAKARIA

Perkhidmatan

PEMBIAYAAN PERIBADI

Anda tidak perlu bimbang lagi kerana Kounimap Kewangan telah menawarkan perkhidmatan Pembiayaan Peribadi Kounimap khususnya kepada semua ahli Kounimap untuk membuat pembiayaan. Justeru, pembiayaan Peribadi Kounimap ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada semua kakitangan UniMAP bagi membiayai keperluan peribadi seperti membuat bayaran pendahuluan kereta, rumah, pembayaran kos pengubahsuaian rumah dan sebagainya.

PEMBIAYAAN KECEMASAN

Pihak Kounimap Kewangan telah menawarkan perkhidmatan Pembiayaan bagi membiayai keperluan hal-hal kecemasan kepada ahli Kounimap dengan caruman bulanan aktif. Sekiranya anda mempunyai tabung caruman, pihak kami akan membantu anda untuk membiayai hal-hal kecemasan seperti yang anda inginkan.

PERKHIDMATAN KREDIT DAN BARANGAN PENGGUNA

Memandangkan keperluan asas menjadi faktor terpenting dalam kehidupan seharian. Maka, pihak Kounimap Kewangan telah menawarkan perkhidmatan kredit dan barangan pengguna kepada semua kakitangan UniMAP untuk memenuhi keperluan asas tersebut. Perkhidmatan kredit dan barangan pengguna ini adalah meliputi pembelian perabot, barangan elektrik & elektronik, servis dan baik pulih kenderaan, pengubahsuaian kediaman dan sebagainya. Dengan adanya kemudahan yang disediakan, diharap ianya akan dapat memudahkan urusan seharian anda.

PEMBIAYAAN UMRAH DAN ZIARAH

Bermula dari Januari 2013, anda boleh melaksanakan Umrah dan merealisasikan impian perjalanan untuk menikmati keindahan serta keamanan di Baitullah Al-Haram. Kami semakin hampir kepada pelanggan kami dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman ini untuk mencipta hubungan yang kukuh sesama ahli Kounimap. Kami di Kounimap Kewangan benar-benar mahu memastikan keinginan dan impian anda menjadi kenyataan dengan melancarkan Pembiayaan Umrah dan Ziarah.

Hubungi kami

Alamat Pejabat

Koperasi Unimap Perlis (Kounimap) Berhad
No. 30 , Tingkat 1, Persiaran Putra, Taman Putra Utama, 01000 Kangar, Perlis